Sila kongsi info / jawatan kosong ini sekarang..

Jawatan kosong kerajaan dan swasta terkini 2014

Wednesday, 20 February 2013

Program SL1M - JURURAWAT

 |  at  9:31 pm  | Inspirasi by  Jawatan Kosong No comments

SL1M Jururawat adalah salah satu usaha kerajaan untuk memperkasakan graduan diploma kejururawatan dengan kemahiran dan pengalaman yang boleh meningkatkan kebolehpasaran mereka untuk memperolehi pekerjaan yang baik.

Program ini bertujuan memberi peluang kepada graduan lepasan kursus kejururawatan peringkat Diploma IPTS untuk meningkatkan kemahiran klinikal di samping meningkatkan keyakinan diri dan pembangunan sahsiah.

Tempoh pelaksanaan program SL1M Jururawat adalah minimum 6 bulan dan maksimum selama 1 tahun.

Peserta program akan menerima elaun sekurang-kurangnya RM900 (minimum) dan elaun akan dibayar terus kepada peserta oleh syarikat-syarikat yang terlibat sepanjang tempoh latihan.

Graduan mestilah warganegara Malaysia. Terdapat 3 kriteria asas dalam pemilihan peserta iaitu:
  • Graduan mempunyai Diploma Kejururawatan Institusi Pengajian Tinggi dalam negara
  • Berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
  • Graduan yang mengangur 6 bulan setelah menamatkan pengajian atau 6 bulan selepas menerima transkrip peperiksaan
  • Graduan yang telah bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelayakan atau gaji yang diterima (underemployed).
Peserta boleh melayari laman sesawang (website) Kementerian Kesihatan Malayisa (MOH) di www.moh.gov.my dan membuat permohonan melalui borang yang disediakan. Berikut adalah senarai salinan sijil yang perlu dilengkapkan oleh peserta program sebelum dihantar ke Sekretariat SL1M Jururawat di KKM:
  • Borang Pendaftaran Peserta
  • Biodata Diri (Resume)
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Diploma Kejururawatan/ Ijazah Sarjana Muda
  • Transkrip Peperiksaan
  • Perakuan Pendaftaran Lembaga Jururawat Malaysia
  • SPM
  • Sijil Ko-kurikulum yang berkaitan
  • Rekod Kesihatan (untuk pesakit kronik)
Borang yang telah lengkap diisi dan salinan sijil yang berkenaan hendaklah dihantar ke Sekretariat SL1M Jururawat di alamat seperti berikut:

Bahagian Pengurusan Latihan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Menara Prisma, Aras 6,
Persiaran Perdana, Presint 3,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62675 Putrajaya
Tel : 03-8885 0600
Faks : 03-8885 0747

Untuk maklumat lanjut mengenai Program SL1M Jururawat bolehlah melayari : 


Jangan lupa sila kongsi maklumat ini bersama..
Sila KLIK di button share dibawah atau ditepi sebelah kiri anda.. Terima Kasih.

SL1M Jururawat

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Langganlah jawatan kosong melalui e-mail.

Dapatkan info jawatan kosong terkini terus kepada email anda. Sila masukkan email anda dibawah dan klik pada Submit.

Advertisement

Advertise here

Lagi jawatan kosong berkaitan :

0 comments:

Dapatkan langganan PERCUMA

Jadilah sebahagian dari 10K pelanggan kami ! Kini lebih mudah untuk melanggan iklan jawatan kosong. Dapatkan info jawatan kosong terkini di Malaysia terus kepada email anda.

Setelah anda melanggan, sila pastikan anda pergi ke email yang dimasukkan dan sila approved langganan anda.

My Ping in TotalPing.com Protected by Copyscape Web Plagiarism Detector My Zimbio
Business Blogs Top career_jobs blogs Business Blogs - Blog Rankings Top Blogs - Blog DirectoryCareer-Jobs blog Bloggers - Meet Millions of Bloggers Feedage Grade A rated
Find us on | About Me | Powered by Blogger | Dibawakan oleh Mizan.
back to top