Sila kongsi info / jawatan kosong ini sekarang..

Jawatan kosong kerajaan dan swasta terkini 2014

Tuesday, 26 February 2013

Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan Sesi 2013-2014

 |  at  8:08 pm  | Inspirasi by  Jawatan Kosong 1 comment

Dimaklumkan bahawa Bahagian Latihan Perhutanan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia akan membuat pengambilan pelatih untuk mengikuti Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan Sesi 2013-14 di Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN). Calon-calon yang layak adalah dipelawa untuk memohon bagi mengikuti kursus ini. Syarat-syarat kelayakan permohonan dan maklumat berkenaan kursus ini terdapat dalam iklan berikut:

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berminat untuk memasuki Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN) bagi mengikuti kursus berikut:


A.Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan (Sesi Pengajian 2013 - 2014)


1.TEMPOH PENGAJIAN DAN SYARAT KEMASUKAN 

(i)Tempoh pengajian dan kelayakan akademik yang diperlukan adalah seperti berikut:

NAMA KURSUS:Sijil Perhutanan Pengawas Hutan
TEMPOH KURSUS: 1 tahun (Sesi 2013 – 2014)
KELAYAKAN AKADEMIK: Lulus Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya serta lulus dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Matematik dan Sains.

ii)Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh permohonan ditutup. 

(iii)Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat dan anggota Tentera dan Polis yang telah menamatkan    perkhidmatannya boleh juga memohon.

(iv)Calon-calon hendaklah sihat tubuh badan dan tidak mempunyai kecacatan anggota.

(v)Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN) tidak menjamin apa-apa jawatan setelah tamat kursus.

(vi)Calon-calon yang sedang mengikuti kursus di Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN) tidak boleh berhenti tanpa kelulusan pihak berkuasa Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM). Jika berlaku pelanggaran syarat ini, calon dikehendaki membayar balik semua perbelanjaan yang ditanggung semasa pengajian kepada Kerajaan Malaysia.

2.  PERMOHONAN

(i) Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati dengan percuma daripada Pengarah Bahagian Latihan Perhutanan dengan mengirimkan sampul surat berukuran 22cm x 32cm dengan nama dan alamat sendiri serta dilekatkan setem bernilai 60 sen, ke alamat:

Pengarah,
Bahagian Latihan Perhutanan,
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia,
52100 Kepong, Kuala Lumpur

(ii) Borang permohonan juga boleh didapati di mana-mana Pejabat Perhutanan Negeri di Semenanjung Malaysia atau dari homepage Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia http://www.forestry.gov.my

3.  TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan ialah pada 14 Mac 2013 (Khamis). Borang permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan. Calon yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas 1 bulan dari tarikh tutup permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya.

4.  PERTANYAAN 
Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Bahagian Latihan Perhutanan atau Institut Latihan Perhutanan
(FORTRAIN) di talian telefon 03-6277 0856 / 03-6277 0847 / 03-6277 8741 / 03-6274 0572 atau homepage http://www.forestry.gov.my



Perhatian: Sebagai tanda terima kasih dan prihatin anda kepada blog ini, Sila LIKE kami di Facebook atau Google + 1 kami di ruangan BAR MENU di sebelah kanan di atas  .. Terima Kasih admin ucapkan kepada semua pengunjung disini. Admin akan memastikan jawatan kosong terkini akan dikemaskini setiap hari.. Selamat berkunjung semua.


Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM)


Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Langganlah jawatan kosong melalui e-mail.

Dapatkan info jawatan kosong terkini terus kepada email anda. Sila masukkan email anda dibawah dan klik pada Submit.

Advertisement

Advertise here

Lagi jawatan kosong berkaitan :

1 comment:

Dapatkan langganan PERCUMA

Jadilah sebahagian dari 10K pelanggan kami ! Kini lebih mudah untuk melanggan iklan jawatan kosong. Dapatkan info jawatan kosong terkini di Malaysia terus kepada email anda.

Setelah anda melanggan, sila pastikan anda pergi ke email yang dimasukkan dan sila approved langganan anda.

My Ping in TotalPing.com Protected by Copyscape Web Plagiarism Detector My Zimbio
Business Blogs Top career_jobs blogs Business Blogs - Blog Rankings Top Blogs - Blog DirectoryCareer-Jobs blog Bloggers - Meet Millions of Bloggers Feedage Grade A rated
Find us on | About Me | Powered by Blogger | Dibawakan oleh Mizan.
back to top