Sila kongsi info / jawatan kosong ini sekarang..

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2014 | 2015

Saturday, 10 December 2011

Permohonan Bantuan RM500 Rakyat 1Malaysia (BR1M)

 |  at  11:09 am  | Inspirasi by  Jawatan Kosong No comments

Borang Permohonan Bantuan Rakyat RM500 1Malaysia (BR1M) dan Syarat-Syarat Memohon Bantuan Sara Hidup Isi Rumah 
1. Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan untuk memberi bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.

2. Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu:
  • Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
  • Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan
  • Warga emas sebatang kara

3.Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk memohon.

4. Kerajaan memutuskan, pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai hari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk tempoh satu bulan. Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan PersekutuanPejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.

5. Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negerisekolah-sekolah terpilihserta pejabat-pejabat cawangan LHDNM.

6. Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012.

7. Bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini. Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion.

PERATURAN
  • Semua ruangan yang berkaitan perlu diisi dengan HURUF BESAR dengan menggunakan pen. Maklumat perlu diisi dalam Bahasa Malaysia.
  • Borang yang telah diisi dengan lengkap dan teratur boleh dihantar ke Jabatan Pembangunan Persekutuan, sekolah-sekolah terpilih, cawangan LHDNM yang berdekatan atau kaunter LHDNM yang disediakan.

Individu Yang Layak
  • Warganegara Malaysia;
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3000 ke bawah;
  • Berkahwin;
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
  • Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama)
  • Warga emas (berumur 60 tahun ke atas) yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3000 ke bawah;


Sila kemukakan salinan;
  • MyKad / Kad Polis / Kad Tentera
  • Penyata / Slip gaji terkini bagi pemohon yang menerima gaji sahaja
  • Waris dan wakil adalah tidak dibenarkan untuk menuntut bayaran bagi pihak pemohon.


Borang permohonan boleh di dapati secara PERCUMA mulai Sabtu bersamaan 10 Disember 2011 di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan (seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, sekolah dll). Borang ini juga boleh dimuat turun di laman web kementerian kewangan www.treasury.gov.my 10 Disember 2011

Satu talian hotline bagi menjawab persoalan dan memberi penjelasan mengenai pelaksanaan Bantuan Tunai RM500 - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 7 Oktober 2011 yang lalu telah disediakan seperti berikut:
Talian hotline : 1-800-222-500 (Bebas Tol)
Waktu operasi : 9.00 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja)
Bilik Operasi Bajet
Aras 10, Blok Tengah
Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia
1-800-222-500 (Hotline)
03-8882 3786 (Faks)
sumber dari MOF & LHDN.

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Langganlah jawatan kosong melalui e-mail.

Dapatkan info jawatan kosong terkini terus kepada email anda. Sila masukkan email anda dibawah dan klik pada Submit.

Advertisement

Advertise here

Lagi jawatan kosong berkaitan :

0 comments:

Dapatkan langganan PERCUMA

Jadilah sebahagian dari 10K pelanggan kami ! Kini lebih mudah untuk melanggan iklan jawatan kosong. Dapatkan info jawatan kosong terkini di Malaysia terus kepada email anda.

Setelah anda melanggan, sila pastikan anda pergi ke email yang dimasukkan dan sila approved langganan anda.

My Ping in TotalPing.com Protected by Copyscape Web Plagiarism Detector My Zimbio
Business Blogs Top career_jobs blogs Business Blogs - Blog Rankings Top Blogs - Blog DirectoryCareer-Jobs blog Bloggers - Meet Millions of Bloggers Feedage Grade A rated
Find us on | About Me | Powered by Blogger | Dibawakan oleh Mizan.
back to top